Sunday, July 11, 2010

surau indera mahkota, kuantan











aku memang berharap sgt untuk design surau atau masjid. mungkin aku boleh cakap 1st rank dalam carta apa yang nak design. dan kalu boleh aku nak buat lain dari biasa tp masih mengekalkan perkara2 penting dalam solat berjemaah samada dari segi praktikal atau berkaitan perkara wajib, sunat, harus, makruh dan haram.




surau ni aku proposed dgn open green konsep bagi ruang semayang lelaki. ruang semayang ditengah2 dan ruang landscape disekeliling. biar time semayang rasa selesa, nyaman dan rasa macam dalam taman, tp masih kekalkan aspek privacy dari luar. mula dari pintu masuk jemaah akan berjalan masuk mengadap oblution pond. aku sengaja buat ala2 natural pond, siap dgn pokok2 disekitar kolam padahal ia adalah tpt ambik air semayang. ruang2 landscape tu jgk aku sediakan banyak tap point di celahan pokok2 bagi memudahkan jemaah amek air semyang bila keadaan terdesak.




bagi ruang semayang wanita pulak aku asingkan ke belakang sikit pintu masuknya. privacy sikit. mula dari masuk everthing is enclosed. so jemaah wanita xde masalah nak bukak2 tudung ke ape ke. aku cuma sediakan opening atas dari louvers untuk cahaya dan pengudaraan. xperlu takut utk kena intai. walau bagaimanapun antara ruang semayang lelaki dan wanita aku sediakan pintu penghubung, manalah tau keseluruhan ruang semayang nak digunakan untuk hal2 tertentu nanti.




setakat ni tak tau lagi apeciter surau ni. masih diperingkat cadangan. belum dapat keputusan. insyaalah adalah tu nanti.

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Ingin berkongsi maklumat dan idea dengan Tuan yang mungkin dalam bentuk kerjasama juga. Sudi-sudikan lawati blog saya yang tak seberapa :

    http://panjialam-mzaninizin.blogspot.com/

    ReplyDelete