Thursday, November 10, 2011

sekolah agama rakyat, seremban...

salaaam... lg 1 job aku dgn ofis AICB, proposal untuk sekolah agama rakyat kat seremban. client mintak kita propose sekolah yang merangkumi blok sekolah, asrama, surau, kuarters guru serta kemudahan2 berkaitan... tp untuk stage ni hanya surau yang diminta dahulu. walaubagaimanapun layout keseluruhan perlu juga dikeluarkan untuk wujudkan susunatur yang terancang bagi pembangunan akan datang... site adalah kawasan tanah rata, client mintak surau di letakkan dikawasan pintu masuk tapak atas sebab faktor kewangan. manakala blok2 kuarters, asrama dan sekolah ditempatkan dibahagian belakang untuk tujuan pembangunan akan datang. dimaklumkan juga ada tasik di kawasan berkenaan dan client suka kalau tasik tersebut di'pakai'. ... open concept utk surau, pengudaraan maksimum tp still protected. 1/2 di darat, 1/2 di air. 2.1m dinding dijadikan privacy wall. dan apabila jemaah melepasi pintu masuk utama semuanya terbuka kecuali jemaah wanita. jemaah wanita diasingkan terus upaya lebih privacy... mainan2 lanskap di bahagian dalam surau menjadikan dalaman surau sentiasa hijau dan terang, selesa untuk jemaah... sedikit perubahan daripada client... biasalah tu. yang penting konsep kekal. alhamdulillah.

astana villa, kuantan.

salam 11/11/11, cantik nombor... aku nak preview job terbaru ofis AICB dgn pasdec corp. banglo development dekat astana villa, indera mahkota, kuantan. standard spec, bed 4, living, dining, family.... etc... tp ape yang menarik banglo ni terletak di kawasan berbukit dan belakangnya mengadap ke tasik. banglo 1 tingkat tp bertingkat (split level). aku buat banglo ni bertingkat2 untuk respect pada site dan jugak utk bg maksimum view untuk kebanyakan ruang2 utama yang aku letak di belakang. dari hadapan yang nampak hanya car porch, entrance dan 1 bilik... simple jer tp dari tasik (belakang) baru nampak yang sebenar. 1 interesting layout dgn 3 alternative facade (modern, kontempo, tropikal) bakal jd pilihan. pada penduduk kuantan, be ready...

Wednesday, November 2, 2011

proposal lanskap utk member fb...

hai... ade sorang member ni mtk tolong proposed la plak... mungking korang penah tgk pasal dia pernah upload kat fb dia... tp arini aku nak crite skit pasal design tu... rumah dia ni dah renovate, so ada 2 entrance. so ada porch asal dan baru. oleh yang demikian aku ambik peluang tu untuk create private and public area. area porch lama aku jadikan private family area. pintu pagar lama aku tutup. sedikit terlindung daripada entrance yang baru. walaubagaimanapun guest tetap boleh masuk ke area untuk enjoy the spirit. it will be enclosed with natural element (hardscape + softscape = timber decking, koi pond, helicornia, gazebo, calathea... etc) ... aku panggil ni green heaven utk tuan rumah... disebelah pintu pagar baru aku bg longgar sikit untuk sebarang keraian, susunan bunga, buluh dan carper hijau. bersebelahan dapur supaya lebih senang bergerak... last comment, dia mintak diadakan 1 pintu kecik di tepian kolam supaya jiran2nya lebih senang meraikan... perfect...

proposal lanskap member sekolah...

hai... proposal landscape utk member... banglo lot, tp luas tanah masih terhad. member ni mtk bagi la ape2 yang paling sesuai nak di apply kat sini. jd aku propose laman kiri sebagai ruang keramaian terbuka sesuai untuk sebarang majlis akan datang, dekat dgn ruang dapur dan kitchen garden... aku kurangkan hardscape disini takut mengganggu. softscape plak aku susun kat sebelah tepi shj. aku xnak area ni jd tertutup so pagar depan aku gunakan pokok buluh menggantikan pagar batu supaya nampak lebih telus dan 'hijau'... aku beratkan sedikit disebelah kanan laman. gazebo, kolam dan terrace tepi dari ruang makan. aras tanah dinaikkan supaya lebih special. bermula dari gazebo, kita akan melintasi kolam ikan disebelah tepi ruang tamu untuk ke terrace tepi ruang makan. disebabkan kawasan ni disebelah matahari petang pokok2 tinggi digunakan sebagai screening... x tau lah bila dia nak mula lanskap ni. tgu bajet katenyer...

Wednesday, October 12, 2011

pasdec persona, paya 3, kuantan.

dgn AICB, job untuk pasdec corp. semi-d 1 tkt, semi-d 2 tkt, terrace... sekarang tgh prepare utk tender. insyaallah dalam tahun depan mula construct. aku bagi modern imej. one of a kind, tak jumpa yang serupa kat ktn. aku suka buat kelainan dalam setiap design aku. walaupun client mtk refer pada job lepas (balok perdana) as guide tp sku x ikut. aku nak kelainan. dan inilah hasilnya... dan diorang terima.

mydesign trading - othman sulong design construction (OSDC)


sebelum ni, aku dinasihatkan member2 rapat supaya mempromosikan nama sendiri tidak kira dalam apa jua bidang. x perlu fikir nama syarikat yang pelik2, nama kita sendiri sudah cukup. aku sahut cadangan tu...

dan pada 5hb sept 2011 yang lepas dengan rasmi nama syarikat aku yang sebelom ini dikenali sebagai MYDESIGN TRADING, akan dikenali sebagai OTHMAN SULONG DESIGN CONSTRUCTION (OSDC). skop kerja meliputi reka, bina dan bekal kerja2 architecture, id & landscape. tp design masih lagi skop utama. kepala yang sama, tangan yang sama, blog yang sama. cuma email je baru... osdc_ktn@yahoo.com.

harap pihak2 yang menyokong selama ni maintain, doakan kejayaan akan datang.

tq. salam.

industrial park, jalan gambang, kuantan.






mmmm...

client mintak aku propose planning layout, dan kilang (terrace type). site dalam 20 ekar. client nak ground floor kilang, upper floor pejabat.

so aku agi ni... ada 3 type, dgn modern imej. satu2 unit dalam 5000sqft (intermediate), 6500sqft (corner), 6500sqft (special lot). aku dapat dalam 83 unit semuanya. dari segi planning ku x main sangat, biasalah client nak maxs unit. mainan kat facade shj. loading unloading area tinggi dalam 6 meter tinggi dan lebar, jadikan ofis diatas nampak seolah2 gah terapung dgn horizontal louvers.

client happy, cuma big job, big money, big risk... masih menunggu tindakan seterusnya dari dia... tp kalau on, raya cina aku! rezeki allah yang bagi, insyaallah...

factory proposal at tiram, kuantan.





hai hoi.
lama btol tak update. rezeki ada lebih skit allah bagi. alhamdulillah.

aku nak preview antara proposal terkini, proposal kilang kat tiram, kuantan.
lot size 1 ekar, building area 1/2 ekar. client x mintak lebih, ofis & manufacturing are shj. as simple as it is, blok 2 tingkat tu office blok, ground floor ada ruang lobi, upper floor ruang pejabat, green area. yang lain semua kilang.

aku bagi modern imej. client x nak imej yang biasa jumpa kat kuantan, so aku bagi yang ni... aku main dengan louvers (trend skarang)...

aku menunggu berita gembira job ni. sebutharga dah bagi, masih menunggu respond dari client... amin.

Sunday, July 3, 2011

seh's bungalow, kemaman.





a bright new year hopefully...

ok, ni proposal untuk kawan sekolah aku sebenarnya. dia bagi aku site plan, dan aku bagi ni... dia cuma cakap nak garaj, imej moden dan lain dari yang lain...

so aku bagi 4 bilik tidur, 3 bathroom, living, dining (macam biase). yang luar biasanya split level, double volume living & terrace, roof top terrace, and a modern look. corner glass panel kat living akan beri imej yang sgt berbeza dgn sekitarnya, 3 meter roof eaves dgn steel strut become so dramatic...

"... tak pernah aku tgk rumah mcm ni..." first impression daripada dia. dan memang tu la yang aku selalu harapkan.

Thursday, June 9, 2011

lanscape proposal for my own...






hai...

he3... asyik wat proposal untuk org lain jer. utk sendri pya?... ada...

ni proposal lanskap utk rumah aku, semi-d kat pelindung beserah. luas taman tu boleh tahan la jgk besar, dlm 1500sgft.

ok, based pada konsep step garden, aku provide public-semi public-private area dgn simple modern image. kenapa? pasal normally yang selalu jumpa org akan buat almost flat area, rumput kat tgh, pokok kat tepi dgn pegola... bosan btol!
walaupun aku suka pokok2 tropikal tp aku taknak terlalu byk pokok, hya pakai buluh, calathea, fox tail, dan beberapa jenis helicornia. kena dgn imej moden. aku mix kan dgn hardscape (planter box, steps) yang dalam masa yang sama jadi benches. tu yang menjadikan ruang ni lain dari yang lain. as focus point aku proposed 1 modern pergola dgn water feature yang dikelilingi helicornia, setentang dgn dining hall.

setakat ni dalam 30% baru siap. aku buat sendiri je sume. bajet pya hal... aku memang harap taman ni akan jadi kenyataan. harap cepat tapi secepat mana tu ntah bila... insyaallah...

Thursday, May 19, 2011

The Cruising Cafe





i'm back...

salah satu proposal terbaru aku, The Cruising cafe...
client mtk aku design floating restaurant berkonsepkan konsep bot. bajet, site, requirement tidak ditentukan... just bagi idea sahaja.

berkonsepkan 'cruising bot' aku buat seolah2 bot yang akan bergerak keluar dari jeti. daripada mula masuk entrance bay (drop off), every column slunting toward ke arah bot (semacam ditarik oleh bot). modern open design, direka untuk menarik minat anggaran 300 pelanggan diaras bawah (open dining),dan diaras atas dan 150 (air-cond), 50 lagi open dining.

the whole development bukan dibuat hanya untuk pengunjung cafe sahaja, taman rekriasi, cukup dengan playground, wakaf, etc disediakan bersebelahan dengan dengan sungai (waterfront), hampir dengan main entrance dan parking area.

...ia hanya proposal, tp lagi syok kalau design ni betol2 di depan kan?...

Monday, April 4, 2011

zaliza's house - id proposal





salam. dah lama tak masuk. dekat 4-5 bulan dah. start slow2 balik...

kali ni aku nak review pasal salah satu id proposal plak. rumah member sebenarnya ni. . ok, rumah teres kos rendah ni kat penang. biasalah, typical layout (masuk rumah living, dining kitchen duk sebaris, bilik pulak lg satu baris). lg porch, bilik, toilet, hall dll sumenya kecik... than bajet pun kecik.

so within bajet dia mtk aku proposed a simple make-up untuk dalaman dan sedikit luaran. aku apply konsep modern tropikal (nak bg modern takut dia terkejut sgt) bg luaran, dan dalaman plak a simple modern 'line'. pasal rumah dah kecik aku kurangkan 'kerawang' dan warna2 gelap. so hasilnya an almost white interior dgn sedikit feature wall (wallpaper). white 'L' shape sofa kat living. aku proposed tv kabinet yang rendah dan langsir (see through)sebagai pemisah antara dining/kitchen. master bath plak aku bawak keluar untuk bg natural ventilation (cam ala ampung gitu).

member ni dah pindah ofis. tak sure dia dah on blom rumah ni. tp tak kesah la. just nak tolong member jer...