Monday, September 16, 2013

semi-d dan banglo kg kempadang, kuantan...

salam... apa yang aku boleh cakap pasal job ni, simple but nice.
client ming hooi development. 2 type semi-d (disebabkan oleh perbezaan 2' pada lebar lot) dan 2 type banglo. walaupun perbezaan hanya 2', bagi aku tidaklah setakat memanjangkan dinding dan bumbung shj... tetapi permainan ruang dan rekabentuk yang lebih baik. bagi banglo plak keselesaan ruang tanah mampu meringankan kepadatan bangunan supaya bangunan lebih transparent dan longgar... gabungan warna putih dan kelabu manjadikan bangunan ni nampak humble tetapi menonjol... untuk lebih info pasal design ni boleh pm saya... enjoy...

semi-d dan teres indera mahkota, kuantan...

uik2... lagi 1 housing scheme... byk plak dapat job housing skang... alhamdulillah.
client liew sing propoerties, kuantan. respect dengan developer ni pasal berani dengan sesuatu yang baru... lot teres yang berbagai bentuk lot dan size. ada 6 type semuanya (4 type teres, 2 type semi-d). gambar tu sebahagian type jer tu. walaupun 6 type, semuanya mempunyai image yang sama... modern image. bercerita pasal teres aku memang daripada dulu nak atasi masalah teres yang gelap, typical dan membosankan. bagi aku semua pembeli berhak utk dapat rekabentuk, kualiti dan keselesaan yang memuaskan... insyaallah. dan utk corner unit plak ada yang aku bagi lebih drpd corner lot biasa (special corner unit)... jadi yang ni antara yang korang tak boleh lepaskan. aku taknak janjikan kesempurnaan tetapi sesuatu yang lebih baik... semi-d plak dengan living hall yang tinggi dan luas, penggunaan void yang menghubungkan living hall dengan family hall di aras atas. akan dilancarkan dalam masa terdekat. bagi yang duk kuantan dan nak cari area indera mahkota, better try cek yang ni dulu... yang penting enjoy...

semi-d batu 9, jalan gambang...

salam... selepas hampir setahun menyepi... now i'm back.
arini aku nak review salah 1 job housing aku. salah satu job favourite pasal design style baru, style aku... developer grand quantum properties (anak syarikat liew sing properties), kuantan. 2 lot size (1 memanjang, lg 1 melebar)... jd lah 2 type. keluasan bangunan dalam 1250sqft (internal) dan 1650sqft (internal). normal housing spec (4 bilik tidur, 2 toilet, living, dining etc)... tp aku bagi flat roof dan vertical louvers utk bg modern image. pemilihan warna putih dan warna gelap sebagai feature menjadikan design lebih simple tp menonjol. siling di living hall dan terrace ditinggikan supaya ruang rasa lebih gah. rasanya fasa ni akan dilancarkan x lama lagi. site pun dah diterangkan. bg yang sukakan sesuatu yang WOW! ini utk nkorang... kalau yang nak further info boleh contact aku. insyaallah boleh tolong. enjoy...

Sunday, September 8, 2013

... setahun telah berlalu...

salam semua... mula2 skali maaf la aku lama x respond. pejam celik, pejam celik hampir 1 tahun aku x on blog ni. x masuk, x update ape2... sepanjang 1 tahun yg besar dalam hidup dan kerjaya... pada 8hb oktober, 2012 aku hantar resign letter kpd syarikat lama aku AICB. dan pada 8hb november, 2012 aku secara rasmi keluar dari AICB... kenapa? cari rezeki halal bro. selepas tumpuan lebih kepada OSDC, alhamdulillah rezeki bertambah, makin sibuk, masa makin x cukup. sehingga ada kala kerja sendiri lebih banyak dari kerja ofis, masuk ofis tp buat kerja sendiri... dgn sendiri hati jadi x sedap, x seronok dgn pendapatan yg bertambah... takut bercampur gaul halal dan haram... pasal tu aku nekad keluar dari AICB. biarpun pendapatan kurang sikit, struggle sikit tp hati senang... aku cakap betul2 masalah aku dgn boss (ar. radzi idris) alhamdulillah dia faham. ... dan aku sekarang bergerak sendirian... aku ambik sebahagian kecil ruangan bilik tidur utk dijadikan ruang curahan idea kerja sendiri, keluar pagi jumpa client sendiri, cukup bulan cari belanja sendiri... rasai nikmat, susah senang bekerja sendiri... dan selepas 1 tahun alhamdulillah bro... sesungguhnya Allah yang maha memberi rezeki... insyaallah akan terus dimurahkan rezeki... cukup la dulu bro. cerita 1 tahun takkan nak habiskan dalam 1 malam. insyaalah lepas2 ni design terkini akan terus jd tatapan... doakan aku, keluarga aku, kerjaya aku, hidup dan matiku ke arah yang lebih baik... dan doa2 kalian amat aku hargai. salam...

Thursday, September 20, 2012

semi d sungai soi, kuantan...

ulaaa lagi... bukan ular... job ni dengan developer yang sama dengan yang sebelom. open minded developer brought an open concept design... so happy! site dekat sungai soi, kuantan. semi-d dgn banglo. new type of layout, new type of facade (style aku la, louvers, boxxy, glassy). car porch for 4 cars, double volume living hall, paling penting a bright house.... enjoy...

new kind of terrace, kuantan

ulaaa... he3. cerita pasal housing plak. lepas aku dengan rakusnya full swing OSDC, a few job dengan well known developer kat kuantan dapat grab. yang ni salah satu. this developer yang bestnya berani mencuba new type of design, dari segi floor layout ataupun facade design. ni la jenis developer yang aku suka. kena la dengan perangai aku yang x berape suka repeat design, layout... site kat alor akar, kuantan. lambat lg mula kot pasal baru re-submit km. so tungguuu. ada 2 storey terrace, semi-d dan banglo. aku approach dengan modern louvers and boxxy type facade... my favourite. aku lebihkan pada terrace, aku cuba apply courtyard dalam rumah for living adnd dining. jugak bagi kelebihan pada pencahayaan dan ruang bernafas utk semua ruang... cuba untuk atasi masalah2 tipikal rumah teres (gelap, panas, suram...). dengan facade dan planning camni harap rupa kuantan dapat dipelbagaikan... boleh ke kat kuantan ni...? tokey suka, ok la tu...

Adly's Bungalow, Bangi.

greeting... meet again. ingat lg mamat yang mintak aku design rumah dia kat bangi tu... takkan x ingat, post sebelum ni jer. ok, ni second job dengan dia. alhamdulillah, rezeki dengan dia akhir2 ni... banglo ni pun area bangi, cuma yang ni seksyen 2, rumah dia kat seksyen 7. dia plan utk contruct dan jual. so design xleh terlalu fancy dan merepek. facade still sama, modern tropical... so cam ni la jadinya... cam sama rumah dia jer? ye lar, pasal dia suka design camni. hi3... dengan keluasan tanah yang boleh tahan, floor area lebih 5000 sqft, 2 1/2 tingkat, swimming pool lg... ada byk ruang utk main. almost same concept, with enlosed infinity swimming pool as focus of most activity, this 'U' shape house become a pleasant private habitat... it's a pool house. entering the house, facing an expose structural staircase through swimming pool. right side a bright living hall, separate area from the main house. bring guests with more private living area, enjoying pool and greens... left side, lounge, dining (double volume) and open dry kitchen facing pool at both side. staircase become a jointing part between most of the levels, rooms, family hall till the top floor, huge master bedroom. also facing pool... tengah pulun working dwg utk submission. bersekali dengan dia pya banglo. kalau ada rezeki dalam 3-4 bulan insyaallah naik la kat seksyen 2...