Tuesday, September 21, 2010

BUNGALOW AT INDERAPURA,KUANTAN







salam aidilfitri.
ok, back to normal life. ni adalah proposal terbaru aku (september, 2010). client ni pegawai JPJ kuantan. ntah, aku pon tak pasti dia ni pegawai ke apa tp kerja kat JPJ la. site suku ekar, so boleh tahan besar la. apa yang dia minta dari aku, main thing banglo below rm200k! all in termasuk fee consultants. lain2 biasa la, 4 bilik, living, dining, dry, wet,store dll. dia jugak mintak supaya create zoning antara private & public di dalaman rumah.
disebabkan site condition, sun orientation, aku bagi dia macamni. rumah ni mengadap matahari jatuh, so opening dibahagian hadapan rumah dikurangkan. jadi aku create private garden sebagai ganti, easily acces dari living/dining dan dekat dgn family hall & master bed. permintaan dari owner jugak kedudukan kitchen diletakkan dibahagian depan rumah, dekat dgn car porch.
within budget, aku cuba to make it nice. simple facade, basic building requiremnet, tp since ownernya berpuas hati dgn overall design aku. kira ok la tu. design blom final lg. insyaalah lg seminggu 2 kot.




Sunday, July 11, 2010

surau indera mahkota, kuantan











aku memang berharap sgt untuk design surau atau masjid. mungkin aku boleh cakap 1st rank dalam carta apa yang nak design. dan kalu boleh aku nak buat lain dari biasa tp masih mengekalkan perkara2 penting dalam solat berjemaah samada dari segi praktikal atau berkaitan perkara wajib, sunat, harus, makruh dan haram.




surau ni aku proposed dgn open green konsep bagi ruang semayang lelaki. ruang semayang ditengah2 dan ruang landscape disekeliling. biar time semayang rasa selesa, nyaman dan rasa macam dalam taman, tp masih kekalkan aspek privacy dari luar. mula dari pintu masuk jemaah akan berjalan masuk mengadap oblution pond. aku sengaja buat ala2 natural pond, siap dgn pokok2 disekitar kolam padahal ia adalah tpt ambik air semayang. ruang2 landscape tu jgk aku sediakan banyak tap point di celahan pokok2 bagi memudahkan jemaah amek air semyang bila keadaan terdesak.




bagi ruang semayang wanita pulak aku asingkan ke belakang sikit pintu masuknya. privacy sikit. mula dari masuk everthing is enclosed. so jemaah wanita xde masalah nak bukak2 tudung ke ape ke. aku cuma sediakan opening atas dari louvers untuk cahaya dan pengudaraan. xperlu takut utk kena intai. walau bagaimanapun antara ruang semayang lelaki dan wanita aku sediakan pintu penghubung, manalah tau keseluruhan ruang semayang nak digunakan untuk hal2 tertentu nanti.




setakat ni tak tau lagi apeciter surau ni. masih diperingkat cadangan. belum dapat keputusan. insyaalah adalah tu nanti.

Resort Villa, Pulai Spring Resort, Johor







yang ni pun masa aku kat vantage architect. client Pulai Spring Resort. simple house, simple plan.



villa ni dijual dalam harga sekitar suku juta ke atas. tp bukan pasal villa ni, tp sitenya yang mengadap padang golf. persekitaran jauh dari jalan, suasana memang calm. client cakap nak simple resort style tp berimej moden. cukup dgn wading pool dan carporch utk 1 kereta.



layout cukup simple. ada 3 ruang je, master bed (+bath), bed 2 (+bath) & living+dining+kitchen. ke tiga2 ruang ni mengadap ke padang golf melintasi pool deck. facade pulak modern tropikal. roof shingles, wall spray paint with stone fin.



building ni simple je, tp dia lebih dari segi detailing. macamana kita buat untuk floor pattern, ceiling pattern, glass panel etc. antara building yang menarik masa aku kat vantage architect.

Thursday, July 8, 2010

chua's residence












time ni aku masih kat vantage architect, jb. client sorang doktor pakar kanak2.

tapak nya kat straight view, jb. diatas bukit tapi dikelilingi pokok2. so x nampak sgt kawasan keliling kecuali one small view. doktor ni cuma cakap nak bilik byk je, utk dia, anak2, dan orang tua dia. lg ada library, games room. dri segi rupa dia x kisah sgt. plan rumah ni asal boss aku (chin) yang design tapi aku make-up lg utk bg ngam dengan facade.

overall plan nya dalam bentuk 'L'. konsep wajib GREEN. entrance masuk facing ke green courtyard. library, living, dining dan kebanyakan bilik mengadap ke courtyard. master bed lebih skit, satu2nya ruang yang mengadap ke courtyard (kanan) dan sungai danga (kiri). aku pilih tropikal imej pasal enviromentnya.

dah siap. so far designnya x terlalu daring tp cukup untuk 'catch' mata sapa2 yang lalu.

malko design proposal











ok. hari ni nak tukar topik sikit. yang lepas2 pasal banglo, arini pasal kilang pulak.
aku diminta buat proposal utk Malko, salah satu syarikat yang berkaitan dengan petroleum (buat paip). site kat kemaman. anggaran saiz tapak 5 ekar.
diorang sebenarnya masih dalam perancangan lagi, so proposal aku ni akan tentukan preparation diorang nanti spt berapa kos, luas tanah dsb. diorang request main ofis, siap dgn bilik seminar, galeri... dll. selain tu 3 unit warehouse, stor disamping keperluan2 pekerja lain (surau, kantin, bilik rehat...)
so aku bagi moden green konsep. main office aku letak depan sekali sebagai main focus. dgn imej moden, aku main dengan louvers, glass dan cantiliver roof. main office ni aku buat elevated, 1 tingkat diatas supaya nampak lg grand. main entrance aku buat step up dan trus mengadap ke green courtyard yang aku create sbg 'heart' bg building ni. semua dinding adalah glass, samada mengadap luar atau dalam.
blok belakang aku letakkan 3 unit warehouse bersekali dgn kemudahan2 lain. jd zon depan utk yang kerja dalam ofis dan yang belakang untuk yang kerja luar ofis.
proposal ni syp pulak skang. last msg ckp nak kecikkan site ke 3 ekar tp takde kepastian. until now masih sama...

Monday, May 3, 2010

syam's residence

ownernya sedara kepada member opis. site kat bukis setongkol, kuantan. kos rm300k.

owner ni cakap nak 5 bilik + 1 master suites dgn av room, imej modern look. so aku tambah lagi living & dining yang almost open dekat dgn luar. tingkat atas aku proposed louvers untuk semua tingkap dan pintu yang mengadap keluar atas alasan design control. kalau tak pasni kena provide grill jgk, so aku bg trus.

banglo ni berbentuk begini disebabkan sitenye panjang je ke belakang, naik turun matahari dan persekitaran site. left side tu jiran dan matahari jatuh, right side padang dan matahari naik. so main activity kat sebelah kanan rumah (living, dining, family, dan master suites). privacy untuk tuan rumah.

rumah ni senyap seketika. dgrnye duit dah terpakai ke lain. tp lately dapat berite kemungkinan on balik pasal duit dah ada mari. cuma ada sikit amendment. ada la tu nanti...












amirudin's house

ownernya jiran kepada arwah dato' jimas. site kat indera mahkota, kuantan. kos dalam rm500k.
sitenya boleh tahan la besar. tp pasal bajet dan design intension jd tak perlulah besar sgt. ownernya cakap nak rumah besar, pasal family besar, porch utk 4 kereta, 6 bilik + master suites yang besar. so yang lain-lain aku bagi full glass living hall, full glass master bed, pond & landcape (macam biasa lah, design concept).
yang menarik pasal design ni lebih pada planning dan facade tu sendiri. simple 'L' shape planning yang memisahkan public dan private space di aras bawah dan tingkat atas pulak break line antara master suites dan bilik2 lain. facade plak nampak simple tropical konsep. vertical timber screening bagi lebih kerekter pada bangunan. sampai skarang design rumah ni blom final2 lg. facade pon dah berubah sikit2. pasal bajet la. tp harap2 dalam sbulan ni dah bleh proceed. hopefully dalam tahun depan dah boleh nampak kat indera mahkota plak.










Wednesday, March 3, 2010

banglo kat pekan, pahang











tuannya aku x tau. bese la, jadi orang tengah. dimaklumkan dia nak resort style, 1 tingkat, 7 bilik.




so aku bagi modern tropical style, private water garden concept. living, dining dan master bed di sisi koi pond. siap ngan covered & open terrace lg. daripada entrance foyer lagi aku dah bg tropical sense. feature wall drpd stone finish, welcoming entrance access, koi pond, timber deck, pergola & all the greens.




banglo ni x tau apeciter skang, design dah bg, tp senyap. cam dah kena je... tp ape-ape pun, rumah ni antara favourite aku jgk.

banglo dr syukri











tuannya kawan arwah dato' jimas, dr kat spital besor kuantan, indera mahkota kuantan, 2 tingkat, kos dalam rm400k.




ownernyer cakap dia nak master bed kat bawah pasal faktor kesihatan dan prepare utk hari tua kot, bilik anak dan guest kat tingkat atas, music room. dia x nak besor sgt pasal familynyer kecik. so aku bagi modern tropical concept, ala-ala resort style, double volume entrance lobby, decorative dramatic staircase, dan yang paling penting open green concept. disebabkan dia nak bilik kat bawah aku proposed garden utk dia siap koi pond dan wakaf sekali sebelah bilik dia. garden dia attach plak sekali dgn entrance lobby, living & dining menjadikan ruang2 ni 'protected' dari elemen luar dan enclosed dgn alam. cam private garden la.




elemen2 lain balcony, glass door & window yang besor2. lagi 1 yang menarik pasal bnaglo ni kalau dari depan kita akan nampak macam rumah setingkat duduk atas bukit pasal aku main dgn feature wall kat depan. kat situ aku create beranda (ala rumah kampung) sebagai connection dgn dunia luar.




lepas arwah bos aku meninggal, banglo ni kena hold kejap,tp insyaallah kalu ada rezeki ada la nampak nanti...

Wednesday, February 24, 2010

yam's residence, kl




tuan punya aku x kenal. yam je yang aku tahu. kawan arwah dato' jimas. 2 1/2 tingkat. kat kl.


sitenya sgt tight, so all within the setback sume dia nak. so yang ni aku bg moden imej, timber louvers, decorative staircase, void antara 1st floor dan attic dan roof top. aku banyak main dgn glass & deco stone, kalu x rumah dia akan jd kotak je. dari segi layout simple je, aku lebihkan pada imej.


rumah ni aku design shj, yang prepare utk working dwg dan construct arkitek kl yang buat.

Monday, February 22, 2010

banglo dato' mad











tuannya dato muhamed omar. site kat bukit istana, kuantan. kos dalam rm800k.




dato ni cakap dia nak rumah yang nampak kuat, teguh. pastu dia suke sangat tiang besor2, rc gutter. dia cakap nampak gagah. main entrance dia nak grand, balcony kat master bed. walaupun aku bukannya suka sgt stail gitu, tp aku bg jgk la, cuma aku simplekan sikit. so yang lain2 aku bagi la triple volume entrance lobby, koi pond dgn pond deck, voids, 2 storey glass wall dekat spiral staircase, living dining mengadap pond dan yang penting open green concept (ni yang banyak aku terapkan dalam sume design aku).




disebabkan site condition yang tinggi (min 1.5 m, max 4 m), aku create water feature wall kat area pond supaya bila orang lalu tu x la tgk retaining wall je. insyaallah dalam bulan 4 start construct.

AICB_KTN

salaaam...

kat aicb... aku join aicb 3hb januari 2007 sebagai architectural designer. aku diinterview dalam phone shj (kelakor plok rase). dapat plak tu, mungkin pasal nak pakai orang sgt masa tu kot. AICB ni ada byk cawangan, 7 sume (ktn, kl, kb, alor setar, langkawi, dubai, lg 1 kat kl jgk (HQ). aku ni kat cawangan kuantan. under dato' jimas chik(baru je 3 bulan arwah).
mula2 walaupun aku ni sebagai designer, tp arwah dato' x berapa nak lepas sgt segala design katku, cuma dalam setahun lepas je baru dia dapat kompiden tu. kat sini aku start design projek2 besar (gomen) dan banglo2 dato' dr dll. sampai skang aku kat aicb lg. dah lebih 3 tahun, lps2 ni x tau lg katne. tunggu la duluuuu.....
oklah. pasni aku crite plak pasal design2 aku satu persatu. sabar yeee....

salaam...

bosaaan. dah mai dah...

salaam.

sambung... aku ni jenis cepat bosan dengan perkara2 berulang, dan yang terlalu lama. dalam design2 aku pon aku akan repeat stail, imej, layout dalam beberapa kali je. pastu tuko lain pulok. walaupun dalam design housing. jadi kalau dalam semua design aku tu macam pattern ada. dari yang classical ke modern. tp aku lebih pada kontempo design, tp berat ke modern simple line.
6 tahun aku kat Vantage Architect. bosan sudah mari. slow2 cari tpt lain. lagipon time tu mak ayah pun dah tua, ayah aku pon tgh sakit time tu. try2 cari area kemaman, terengganu. dekat skek ngan diorang, senang nak ulang jengok. x dapat kat kemaman, tp dapat kat kuantan, kat Arkitek Ikatan Cipta Bina (cawangan kuantan).
mak ayah aku 2 2 dah meninggal. ayah aku meninggal seminggu sebelum aku masuk AICB, mak aku plok 6 bulan selepas ayah aku meninggal. al-fatihah untuk mereka....

salaam.

Wednesday, February 10, 2010

vantage architect, johor bahru




salaam.


sambung crite. vantage arkitek ni ada 2 boss (partner), AR chin yee choong dan eugene wong (skang dah ada AR). staff rata2 2 orang sahaja. aku dan sorang senior projek koordinator nama kamal (skang dah kat Seri Alam Properties). kat vantage asalnya aku sebagai T.A/ Designer. tapi bila dah hampir 3 tahun dok situ aku dah mula diterima sebagai Designer/ TA. ada beza tu. kalu dulu asalnya satu2 design tu 50 % je aku design, tapi pastu dah almost 95% aku yang kontrol. mungkin pasal design aku ngam dgn kepala boss aku la kot.


tapi masa tu design aku masih byk ke housing. so designnya kena ngam dengan market area johor yang rata2 typical malaysian. kalu design pelik2 skek diorang reject. ada 1 2 je yang sanggup buat kelainan tp x byak. gambo kt atas ni housing kat kulai johor, under IOI properties. terrace 3 tingkat. 95% design aku.


ok. lain kali plok.




salaam.

Sunday, January 24, 2010

cerita aku


salaaam.


cerita pasal aku. asal kemaman terengganu, lahir 1977, sekolah rendah kat SK KIJAL KEMAMAN, sekolah menengah kat SM AGAMA AL-FALAH KEMAMAN. graduate diploma in architecture 1995 dari UTM. gila punya suka buat design. kalu bleh segala benda nak di design. tapi aku lebih suka design banglo pasal load x byk, under control dan memang dah suka, nak wat guane. tp building2 lain pon bleh je, landscape, id & etc. kad kahwin pon ade. hehehe... pendek kata sume bende. pas graduate buat freelance designer dan model making sblom join VANTAGE ARCHITECT kat jb. start kat situ aku byk design housing kat area pasir gudang (sri alam prop.) dan kulai (IOI prop.) kat atas ni salah satu kerja aku masa kat vantage.


ok. lain kali plok.


salaam.

assalamualikum.


assalamualiakum.

salam perkenalan.

blog ni adalah galeri aku sepanjang 10 tahun terlibat dalam dunia design. tapi untuk masa ni masih diperingkat pembinaan. ia akan di up-date dari masa ke semasa.

ape-ape pun, enjoi la dulu ape yang ada.


assalamualikum.